Friday 6 November 2015

Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya

 Image result for gambar najis



Pengertian Najis

Bahasa: Benda-benda kotor dan jijik.
Istilah: Kotoran yang menyebabkan tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat dia mengerjakan solat.

Kejadian Najis

1. Keluar daripada dubur atau qubul dalam keadaan cair atau lembut.
 (Contoh: Tahi, air kencing, dan air mani anjing/khinzir atau keturunannya)

2. Keluar daripada saluran lain. (Contoh: Air liur basi dan muntah)

3. Benda-benda lain yang telah ditetapkan hukumnya sebagai najis.
 (Contoh: Darah, nanah, susu daripada binatang yang tidak boleh dimakan, arak, anjing dan semua keturunannya, khinzir dan semua keturunannya, dan semua jenis bangkai kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang).


Najis adalah sesuatu yang kotor malah menjijikkan, oleh itu, kita perlu mensucikan diri daripada najis.



No comments:

Post a Comment